Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
1.Bersahaja
Kekasih
kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara
dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan
minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon.
Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi,
apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah
calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh
kita.
2.Senang bersama
Walaupun
kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu
ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang
kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat
kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila
bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin
berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya
terasa sedikit kehilangan.
3.Terima kita seadanya
Apapun
kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli.
Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita
yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini.
Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah
mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia
tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah
silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia
menjadi pasangan hidup kita.
4.Sentiasa jujur
Dia
tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum
hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran
bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu
apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya,
kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi
faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur,
sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila
dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang
disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi,
dialah sebaik-baik pilihan.
5.Percaya Mempercayai
Setiap
orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu
dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita
mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita
selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya
mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani
mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada
kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak
berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti
cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah
individu yang memperoleh kedua-duanya.
6.Senang Bekerjasama
Bagi
kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka
masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui
hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu
perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang
dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan
tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat
melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga
dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang
melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan
kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup
bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus
peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7.Memahami diri kita
Bagi
pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya.
Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi
penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu.
Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu
bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira
ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia
mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri
lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai
bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui
hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah
calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8.Tampilkan kelemahan
Tiada
siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang
mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di
kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia
yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan
rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan
senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan
kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada
kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak
mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila
kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk
masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9.Kata hati
Dengarlah
kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang
dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin
ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia
juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga
reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin
dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia
ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan.
Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh
dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang
di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa.
Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk
melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi
apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah
memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat
petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika
tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah
bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya
diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat
di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Sumber
0 comments:
Posting Komentar